Istilah kencing kotor sering digunakan oleh seseorang yang mengadu sakit atau perit sewaktu atau selepas kencing atau kencing yang tidak lancar.
Air kencing biasanya kuning jernih
atau kuning pekat.
Apakah yang menyebabkan air kencing
kelihatan keruh atau kotor?
- Kekurangan air dalam badan
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing (Urinary Tract Infection-UTI)
- Terlalu banyak pengambilan Vitamin yang larut air seperti Vit B dan Vit C
- Pesakit kencing manis (diabetes)
- Mengandung
- Pengambilan sesetengah ubatan
- Terdedah kepada sesetengah bahan kimia
- Batu karang dalam saluran kencing
- Kerosakan buah pinggang
Seringkali yang datang ke klinik
swasta yang mengadu kencing kotor bersertakan dengan kencing yang keruh,
mereka kebanyakannya menghidapi jangkitan kuman dalam saluran kencing. Doktor
sering mengunakan perkataan UTI atau Urinary Tract Infection untuk
merujuk penyakit seperti itu.
Saluran kencing bermakna saluran air
kencing daripada ginjal atau buah pinggang sehingga saluran paling bawah
(urethra) di mana air kencing akan keluar. Bila saluran ini dijangkiti kuman
maka ia dikenali dengan Jangkitan Kuman Di Saluran Kencing atau Urinary Tract
Infection atau UTI.
Kuman apa yang sering buatkan
jangkitan kuman di bahagian tersebut?
80% adalah disebabkan oleh kuman
yang dipanggil Escherichia coli atau E.coli (=e-kolai). 20% lagi
disebabkan oleh kuman-kuman yang lain. Kuman E. Coli ini banyak terdapat dalam
usus besar dan di dubur. Kuman ini akan bergerak dari dubur dan masuk ke lubang
kencing, ke urethra, ke pundi kencing dan boleh sampai ke buah pinggang. Kuman
ini terpaksa naik ke bahagian atas dengan melawan arus air kencing. Jadi
sekiranya air kencing keluar dengan laju, sedikit sebanyak akan menghalang
kuman naik ke bahagian atas saluran kencing dengan senang.
Kencing kotor lebih kerap di
kalangan perempuan kerana duburnya terletak lebih dekat dengan lubang air
kencing berbanding dengan lelaki kerana zakarnya.
Siapa yang berisiko mendapat UTI
(kencing kotor)?
Air kencing terjadi dari ginjal atau
buah pinggang dan mengalir turun ke pundi kencing. Bila pundi kencing telah
penuh ia akan mengalir keluar melalui urethra (saluran yang paling bawah). Jadi
apa-apa yang yang menghalang pengaliran air kencing dengan lancar, maka
senanglah kuman E. Coli melawan arus air kencing dan bergerak ke bahagian atas
saluran kencing. Dengan ini akan mededahkan seseorang itu kepada jangkitan
kuman di saluran air kencing.
Punca yang membuatkan pengaliran air
kencing tidak lancar adalah seperti batu karang, bengkak prostat (protate) dan
lubang kencing yang sempit (urethral stricture). Tidak kurang juga yang selalu
menahan kencing dan yang kurang pengambilan air.
Apakah tanda-tanda kencing kotor
atau UTI?
Tanda atau simptomnya berbeza-beza
mengikut umur, jantina dan bahagian saluran kencing yang terlibat.
Setengah orang tidak menunjukkan
sebarang tanda-tanda tetapi terjumpa bila pemeriksaan air kencing dibuat
kerana sebab-sebab yang lain dan ia akan sembuh dengan sendiri selepas 2
sehingga 5 hari.
Ada orang yang tidak sembuh dengan
sendiri dan mereka ini;
- Akan mengalami kekerapan kencing yang tidak boleh ditahan terutama sekali kalau pundi kecing dijangkiti kuman
- Sakit yang pedih dan panas semasa dan sejurus selepas kencing
- Air kencing nampak kotor
- Kadang-kadang air kencing berdarah
- Kadang-kadang air kencing berbau busuk
- Kalangan perempuan, selalu mengalami sakit di bahagian bawah perut seperti terasa pundi penuh.
- Sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang, selain simptoms di atas, seseorang itu mengalami sakit pinggang, demam, loya dan muntah.
Mesti diingat iaitu sekiranya
terdapat jangkitan kuman di bahagian faraj, simptom atau tanda-tanda seperti di
atas juga terdapat pada seseorang itu.
Bagaimana diagnosis boleh dibuat?
Bila berlaku keadaan ini hendaklah
berjumpa dengan doktor dan sekurang-kurangnya pemeriksaan air kencing akan
dibuat. Biasanya dengan uristix
Rawatan
Sekiranya simptomnya sangat ketara
disyorkan berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan seterusnya rawatan antibiotik
dapat diberi.
Pencegahan
- Minum air dengan secukupnya
- Elak menahan kencing
- Makan buah cranberries atau bluebarries yang mempunyai antioxidants. Jusnya senang terdapat di farmasi.
- Makan buah nenas. Nenas mempunyai bromelin yang bertindak sebagai anti-radang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen