Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Entri kali ini nak ceritakan mengapa perlunya kita mengambil multivitamin setiap hari..
Disenaraikan sebab-sebab mengapa badan kita memerlukan multivitamin..
1. Nutrien yang Mencukupi Ketika Menurunkan Berat Badan
- Kuning telur, tak dinafikan merupakan makanan paling tinggi
nutriennya, dan tak keterlaluan jika saya katakan kuning telur merupakan
‘multivitamin’ yang diambil oleh orang zaman dahulu pada sebelah pagi.
Namun sayangnya, kuning telur tinggi kandungan kolestrolnya, di samping
nilai kalorinya juga tinggi memandangkan ia kaya dengan lemak.
Kebanyakan mereka yang mengamalkan diet untuk turun berat badan pasti
akan mengelak makanan-makanan berkalori tinggi seperti ini. Itu baru
saya ambil contoh satu jenis makanan, bagaimana pula dengan yang lain?
Tubuh badan kita sememangnya memerlukan nutrien yang mencukupi untuk
terus berfungsi. Kadar metabolisma pastinya terjejas apabila kekurangan
nutrien tertentu, sekaligus ia menjadi rendah dan akhirnya progres untuk
turun berat badan akan menjadi semakin perlahan!
Pernah tak anda
dengar ungkapan ini, “Ko ni aku tengok lemah lesu, macam tak cukup
makan..”. Salah satu faktornya adalah disebabkan kekurangan
micronutrient dalam diet.
2. Faktor Sibuk - Faktor
kesibukan di zaman moden menyebabkan corak pemakanan kadang-kadang tidak
seimbang (dari segi kandungan micronutriennya), terutamanya jika anda
sering bekerja di luar dan jarang memasak di rumah.
3. Termusnah Akibat Dimasak -
Haba merupakan faktor utama yang boleh menyebabkan satu-satu vitamin
itu terurai. Vitamin boleh bekerja pada suhu optimum iaitu suhu badan
manusia (dalam 35 darjah celcius), lebih daripada itu, ia mungkin akan
musnah. Oleh sebab itu, belum terjamin 100% vitamin-vitamin yg
terkandung dalam sesebuah makanan yang dimasak dapat digunakan oleh
badan kita.
4. Stress (tekanan perasaan, kerja) - Dalam
dunia yang serba sibuk dan mencabar, tidak sah jika seseorang itu tidak
menghidap tekanan mental. Kehilangan magnesium dan beberapa nutrien
penting adalah lumrah dek kerana tekanan perasaan, mental, dan
sebagainya.
5. Kualiti Makanan yang Semakin Rendah -
Kualiti sayur-sayuran (juga buah) yang ada kini mungkin tidak lagi
setanding kualitinya berbanding sayur-sayuran yang ditanam (secara
organik) beberapa dekad yang lalu. Sayur-sayuran zaman kini terlalu
banyak ‘dimanjakan’ dengan bahan-bahan kimia, yang mungkin memusnahkan
kualiti nutrien yang terkandung di dalamnya.
6. Pencemaran Alam sekitar
- Kemodenan dan kepesatan teknologi mengakibatkan alam sekitar kian
tercemar berbanding beberapa dekad yang lalu. Saban hari, sistem
ketahanan tubuh kita kian terancam, dan micronutrient yang hanya
diperolehi daripada makanan sahaja (rujuk no.3 dan no.5) mungkin tidak
mencukupi.
7. Tabiat Makan Memilih
- Terdapat individu yang tidak suka makan sayur, dan hanya bergantung
kepada daging dan makanan laut sahaja untuk mendapatkan sumber
micronutrient. Ini adalah tidak mencukupi kerana kebanyakan vitamin dan
mineral wujud dalam tumbuh-tumbuhan. Terdapat pula individu yang
mengamalkan diet vegetarian (tak makan daging, ayam, telur) dan individu
sebegini mungkin tidak mendapat cukup vitamin B12, zinc dan calcium.
8. Tahap Penyerapan Nutrien yang Rendah
- Tidak semua individu mampu menyerap nutrien dengan baik, terutamanya
golongan yang sudah berumur. Supplemen multivitamin membantu dalam
memastikan bekalan vitamin dan mineral kepada tubuh badan sentiasa
mencukupi.
9. Harganya yang Murah - Secara purata, sebiji
pil multivitamin yang diambil sebiji setiap hari, harganya tidak sampai
RM1 pun. Jika anda boleh menghabiskan wang anda dengan sekotak rokok
sehari, atau sebungkus Keropok Moni (hari-hari tengok iklan ni di TV),
mengapa harus memberikan 1000 alasan untuk membeli multivitamin yang
baik untuk kesihatan?
10. Role Model Kita
- Salah satu rahsia mengapa Tun Dr. Mahathir berjaya mengekalkan
kesihatan hingga ke usianya sekarang ialah beliau mengamalkan
pengambilan 1 pil multivitamin setiap hari (pilihan beliau, sudah
tentulah “Shaklee”).
Vitalea Shaklee - Multivitamin Terbaik Multivitamin pilihan saya. Dan seharusnya menjadi pilihan anda juga! Jom order
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen