Assalamualaikum dan selamat malam semua. Ada tak pembaca peminatvitamin yang menunggu hari untuk bersalin? Malam ni saya ingin berkongsi tanda-tanda awal anda akan bersalin. Sepertimana yang kita ketahui, di penghujung kehamilan, setiap ibu hamil akan melalui beberapa tanda
yakni petunjuk bahawa masa untuk melahirkan sudah hampir tiba.Ramai yang
cemas dan tertanya-tanya apakah tanda yang dialami benar-benar tanda
bersalin atau sebaliknya. Oleh yang demikian, perlu anda ketahui bahawa
hanya terdapat tiga tanda bersalin. Tanda-tanda yang dimaksudkan ialah:
1. Show
Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir
ataupun darah. Jika mengalami tanda ini, anda tidaklah perlu
tergesa-gesa bergegas ke hospital. Hal ini kerana tanda sebegini
mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda perlu melalui proses
bersalin.
2. Kontraksi
Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling
kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontraksi
sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari
semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya
anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor. Walau
bagaimanapun jika hal yang sebaliknya berlaku, (sebagai contoh anda
mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5
minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.
3. Air ketuban pecah
Kebiasaannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar
dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang keluar
seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna
hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih
berada dalam kandungan. Apabila mengalami tanda seperti ini,
sebaik-baiknya anda perlu segera berangkat ke hospital untuk pemeriksaan
lanjut kerana jika dibiarkan berlanjutan boleh menyebabkan jangkitan
kuman.Kebanyakan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan
air kencing. Bagi mengetahui sama ada, ketuban pecah ataupun tidak,
untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa
ingin membuang air kecil.
Amaran!!!
Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun
anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengesyaki bayi kurang
bergerak. Dibimbangi bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi
perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda
mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak
mengalami tanda awal bersalin.
Semoga perkongsian ini mampu memberi info atau maklumat kepada kaum ibu yang menunggu hari untuk bersalin.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen