Monday, 10 November 2014

Petua Sakit Gigi

Ramai antara kita mengeluh apabila sakit gigi kan...macam2 penawar dan petua yang kita akan cuba untuk legakan sakit gigi betul tak? Sakit gigi ni dah macam satu malapetaka besar apabila ia menyerang, serba tak kena kita dibuatnya, betul ke dok?

Saya juga berpengalaman sakit gigi semenjak dua menjak ni.  Maklumlah gigi dah berusia lama ni, macam-macam kerenah lah mula datang.  Dari rasa nyilu kena air, tak kira sejuk atau panas, sampailah sakit mengunyah terutama geraham. kekadang sakit berdenyut2 ye dok? Seksa weh...seksa sungguh bila sakit gigi ni, mood pun ilang, mula rasa nak marah je, tul dak?

Nyilu gigi kena air tu selalunya mesti ada masalah dengan bahagian saraf gigi....jumpa doktor gigi la ye..

Ini adalah di antara petua-petua yang boleh diikuti dan In Sha Allah, sakit gigi akan berkurangan.

Petua 1 : Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkik dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. In Sha Allah, sakit beransur kurang.

Petua 2 : Bancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat. Setelah melarut, biarkan seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur agar sakit gigi reda.

Petua 3 : Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. In Sha Allah sakit gigi akan cepat hilang.

Petua 4 : Kunyahla sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit.

Petua 5 : Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada tempat yag sakit. 

Petua 6 : Ambil daun serai dan tumbukkan sehingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 7 : Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi yang sakit. 

Tak bermakna bila sakit gigi penyelesaiannya berakhir dengan cabutan.  Itu persepsi yang sangat salah. Doktor akan cadangkan kita buat sesuatu untuk selamatkan gigi kita. Kalau berlubang dia akan tampal. Kalau ada cebisan makanan yang menyebabkan gusi bengkak dan sakit dia akan rawat. 

Kadang-kadang sakit tu disebabkan gusi kita bernanah dan ada jangkitan kuman, dia akan buang nanah tu dan tampal serpihan gigi dan berbagai lagi yang akan dilakukan untuk menyelamatkan gigi kita. Lepas tu dia akan bekalkan kita dengan ubat tahan sakit, antibiotik untuk matikan kuman dan ubat bengkak.  Haa...itulah ubat yang paling mujarab sebenarnya.... 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen