Saya ingin kongsi
beberapa tips penjagaan wajah berjerawat dan berminyak.
Saya dulu menderita kulit berjerawat dan sentiasa mencari penawar untuk
kulit bermasalah ini. Berikut resipi kecantikan bagi kulit berjerawat
dan berminyak:
1) Cuci wajah sekurang-kurangnya dua kali sehari (pagi dan malam) dengan
menggunakan cleanser khas untuk kulit berminyak. Selalunya kulit
berminyak memerlukan cleanser yang mengeluarkan buih sedikit. Elakkan
dari menyental dan menggonyoh kulit. Kalau ada jerawat, bersihkan dengan
lembut, iaitu dengan menggunakan hujung jari sahaja dan urut
perlahan-lahan. Elak menyentuh wajah dengan tapak tangan.
2) Walaupun ramai yang mengatakan jerawat jangan dipicit tapi bagi orang
yang mengalami jerawat, memang berasa geram melihatnya. Bagi saya, saya
akan memicit jerawat bernanah yang sudah masak menggunakan kapas, tisu
ataupun dengan putik kapas. Jangan gunakan jari kerana jari berkuman dan
kotor. Jari yang kotor akan memindahkan bakteria ke dalam kulit yang
suka sedia cedera (luka). Picit nanah sehingga habis keluar, diganti
dengan darah dan cecair. Jerawat yang sudah luka itu dibubuh krim
jerawat yang mengandungi pembunuh kuman. Luka jerawat akan berasa pedih
sedikit (tapi tak mengapa kerana rasa puas.....kan??)
3) Jerawat yang sudah dipicit akan meninggalkan parut hodoh berwarna
gelap. Parut akan mengambil masa agak lama untuk kembali ke warna kulit
yang asal. Dalam tempoh pemulihan, penderita jerawat terpaksa
menggunakan concealer ataupun bedak foundation bagi menutup kesan
jerawat dan parut jerawat.
4) Jerawat yang tidak dipicit kadang-kala mati tanpa tidak mengeluarkan
nanah dan hanya meninggalkan kesan hitam. Kesan hitam ini selalunya
darah kotor yang tersumbat. Jika kulit tercela disebabkan darah kotor
yang terkumpul bawah kulit, warnanya tidak dapat disamarkan. Darah itu
perlu dikeluarkan. Jika kulit terkoyak teruk semasa mengeluarkan darah
dan kotoran jerawat, sudah tentu proses memperbaiki parut kulit akan
mengambil masa lebih lama.
5) Sebagai langkah membuang lebihan minyak akibat kulit berminyak, guna
masker. Bergantung kepada keadaan kulit anda, guna masker yang
mengandungi tanah liat bagi membuang minyak. Jika kulit dehydrated
(haus), guna masker yang melembapkan kulit. Dalam kes kulit berminyak
dan kurang air, penderita perlu menggunakan sehingga beberapa jenis
masker.
6) Masker mempunyai pelbagai fungsi, jadi pilih masker yang betul
bergantung kepada keperluan kulit anda. Masker yang diformulasikan untuk
kulit berminyak akan membuang lebihan minyak serta membuka pori pada
permukaan kulit yakni epidermis. Apabila pori terbuka dan permukaan
kulit bersih, segala kotoran dari bawah lapisan kulit akan keluar ke
permukaan. Jadi jangan terkejut sekiranya kotoran keluar menerusi
liang-liang halus ini. Jerawat akan terbentuk apabila kotoran yang
banyak tidak dapat keluar dengan lancar. Liang yang tersumbat dengan
kotoran akan berkumpul sehingga terjadi benjolan dalam kulit yang kita
namakan jerawat.
7) Langkah yang sering diketepikan oleh pemilik kulit berminyak adalah
pelembap. Ramai yang terjebak dalam kepercayaan bahawa pelembap
menyebabkan kulit tambah berminyak. Sebenarnya pelembap menambah
kelembapan pada kulit. Kulit yang lembap dapat mengurangkan minyak yang
berlebihan (tetapi tidak mengeringkan minyak. Jika penderita mahu
mengeringkan minyak dari dalam lapisan kulit, penderita perlu mengambil
ubat tahan minyak). Bahan yang disapu pada kulit tidak dapat menahan
minyak dari keluar.
Jadi ikuti saja langkah-langkah ini bagi memperbaiki situasi kulit
berminyak. Disiplin perlu ada. Kesabaran perlu ada.
Selamat mencuba!
Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Assalamualaikum dan selamat malam semua...Memang tidak dinafikan yang semua orang nak kan kulit yang halus licin.. pendek kata, flawless.
Selain faktor ketidakseimbangan hormon dan faktor genetik, ada dua
perkara penting sebenarnya yang kita boleh buat iaitu:-
- mengubah tabiat buruk yang menyebabkan jerawat dan kulit berminyak
- menikmati kulit yang sihat dan cantik
Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bakteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih
berpotensi tinggi mendapat jerawat, tapi dengan mengikis tabiat buruk
sedia ada (mungkin anda atau orang lain), jerawat dan kulit berminyak
boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat-tabiat buruk yang selalu
kita dibuat (sedar atau tak sedar) dan sepatutnya ia perlu dielakkan jika kita mempunyai wajah berminyak dan berjerawat:-
1. Membersihkan muka terlalu kerap
Ramai yang lakukan ni! Dengan harapan kulit akan sentiasa kering dan
jerawat cepat mati. Cara yang salah yang akan menjadikan kulit semakin
berminyak/berjerawat. *Cuci muka (dengan cleanser) 2kali sudah mencukupi
; pagi dan sebelum tidur.
2-Menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan produk scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation.
Sebetulnya ialah berscrub dilakukan 1-3kali seminggu, menggunakan scrub
yang halus tekstur nya, diurut lembut ke muka, dan bilas dengan air
suam.
3-Tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan (termasuk
muka) berpeluh2. Ingat, jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke
dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
4-Picit jerawat
Ini sangat normal bila ada jerawat, tangan mula merayap nak memicit.
Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan
tinggalkan parut. Elakkan picit jerawat dengan kuku, gunakan lotion
jerawat, untuk kecutkan jerawat .
5-Shampoo rambut yang meleleh ke muka
Bershampoo tidak salah. Tetapi apabila shampoo rambut terkena muka, ia
boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan
pelembab/ minyak untuk melembutkan rambut. So,pastikan buih shampoo
tidak terkena bahagian dahi dan muka.
6-Produk rambut hanya untuk rambut
Spray rambut, gel, mousse dan apa saja produk penjagaan rambut tidak
seharusnya digunakan untuk kawasan muka. Ini bagi mengelakkan pori-pori
tersumbat oleh bahan yang terdapat dalam produk penjagaan rambut.
Elakkan gel, spray, conditioner terkena kawasan muka.
7-Makan makanan berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak
semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang
sihat, kurangkan makanan berminyak.
8-Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari
jerawat dan semakin berminyak. Bila nak beli mekap, make sure beli yang
oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic utk mengelakkan
jerawat.
9-Berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat, itu 1 tindakan yang
bagus. Tapi jangan sewenang-wenangnya berhenti apabila jerawat dah sembuh.
Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription
doctor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas
jerawat dan bebas minyak.
10-Menggunakan Whitening Skin Care
Ramai yang kulit putih, tapi set pencerahan kulit adalah sangat tidak
bersesuaian untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya
membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi
meninggalkan pigmentasi. So. kena guna set penjagaan kulit khas untuk
kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah
kulit anda dahulu.
Kulit berminyak dan berjerawat, boleh dirawat. Anda boleh miliki kulit
yang cerah bersih, bebas minyak dan bebas jerawat insyaAllah. Dengan
syarat:
- Anda memberikan masa untuk kulit anda menerima perubahan
- Memilih produk yang bersesuaian dengan kulit jerawat
- Tidak menggunakan kekerasan kepada kulit, tetapi belailah kulit anda
- Minum lebih banyak air masak dan makan sayur dan buah-buahan
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu individu yang wajahnya berjerawat dan berminyak.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
asslam kak . nak tanya akak ada join segmen blog review saya tak ? sebab link yang akak komen tak jumpa . cuba akak tengok balik . sorry kak :)
ReplyDeleteNti akk tgk semula ye..tq sebab inform
Deleteterimakasih atas informasinya gan, saya mencari informasi tetang jerawat yang selalu mengganggu penampilan wajah.
ReplyDelete.