Friday, 7 November 2014

Tips Penjagaan Untuk Kulit Berminyak

Kulit berminyak disebabkan oleh kelenjar yang menghasilkan terlalu banyak minyak atau sebum. Perubahan hormon (terutamanya semasa baligh, kehamilan, dan menopaus) memainkan peranan menghasilkan sebum yang berlebihan, terutama dalam kawasan T-zon (kawasan dahi, hidung, dan dagu). Ini bukan sahaja membuatkan kulit nampak minyak dan bersinar, tetapi juga boleh menyekat liang roma dan menyebabkan jerawat. Pil kawalan kelahiran juga boleh memburukkan lagi masalah kulit berminyak, walaupun sesetengah pil sebenarnya boleh membantu keadaan. (Lelaki juga boleh dipengaruhi oleh perubahan hormon, walaupun pada tahap yang lebih rendah.)

Kulit berminyak adalah masalah keturunan jadi jika ibu atau ayah anda mempunyai masalah ini, kemungkinan besar, anda  juga ada.

Ini adalah di antara tip untuk penjagaan kulit berminyak. Sila ikuti langkah-langkah mudah ini untuk menjaga kulit anda:-

1. CUCI WAJAH ! CUCI WAJAH !
 
Saya ada terbaca yang mereka yang ade oily skin ni kena selalu cuci wajah mereka dan pastikan sebersih-bersihnya.Penting cuci muka dua tiga kali sehari untuk membersihkan kotoran yang boleh menyebabkan pori tersumbat. Bila tersumbat tu banyak pulak lah masalah kulit kan kan? 

Pencuci muka pula kena pilih yang sesuai dengan kulit berminyak. Beli pencuci muka yang berasaskan gel atau foaming cleanser, dan yang paling penting, OIL-FREE ! Tak pun cari medicated soap yang banyak dijual kat Guardian or Watsons.  Dan satu lagi, jangan pulak gosok kasar kulit dan cari produk dengan bahan-bahan seperti : tea tree, salicylic acid, madu dan kunyit.

2. SCRUB WAJAH

Bahawasanya penting jugak nak exfoliate skin bagi mereka dengan oily skin ni. Rutin scrub ni hanya perlu dilakukan sebanyak sekali atau dua kali seminggu. Sebum berlebihan boleh membawa kepada sel-sel kulit mati pada permukaan kulit, dan akan menyebabkan jerawat, white heads, bintik hitam dan kulit kusam. 

So untuk bersihkan kotoran dan sel kulit mati ni, jangan lupa skrub wajah ye. So bila kulit bersih, jerawat pun kurang lah bermaharajalela atas muka.

3. MASK MUKA
Lepas exfoliate wajah, ikuti pulak dengan langkah memakai mask muka. Lakukan secara mingguan. Rutin ni penting jugak. Gunakan mask yang mengandungi Kaolin and Bentonite clay, Sandalwood, Fuller’s Earth (Multani mitti) sebab bahan-bahan ni antara bahan yang bagus dalam penyerapan minyak secara lembut.

Saya ada satu tips buat mask wajah dengan bahan semulajadi. Jumpe kat internet je hehe : 
  1. Kupas buah epal segar dan potong, kisar bersama 2 sudu madu
  2. Kisar dan gaul sebati hingga jadi smooth paste, kemudian sapu rata ke muka
  3. Biarkan 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air suam
Fungsi : Mengawal kilatan, mengecilkan pori dan melembapkan wajah dengan natural. Selamat mencuba !
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen