Sunday, 9 November 2014

Rahsia Wanita Cantik

Perkataan cantik, jelita adalah sinonim dengan kaum wanita. Ibarat aur dengan tebing..setiap wanita pasti memiliki keinginan untuk kekal cantik dan ayu dan kita juga percaya setiap wanita memiliki petua kecantikan tersendiri. Berikut adalah beberapa petua untuk mengekalkan kecantikan dan keayuan seseorang wanita.

1. Menjaga kejelitaan semulajadi dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental.

2. Menjaga suara dimana melatih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suara terlalu kuat.

3. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan  diri menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti "tolong" serta "minta maaf". Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, benci, menyampah kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4. Menjaga kulit dimana kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam serta sayuran dan buahan segar patu selalu dimakan.

5. Menjaga rambut kerana ia merupakan mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tetapi jangan terlalu kerap.

6. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekelilong. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. 

7. Menjaga kehormatan iaitu sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa, berpakaian sopan dan pulang seawal mungkin. 

8. Menjaga sikap, taat beragama, jangan bohong, jauhi dari merungut dan jaga hati orang lain.





** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen