Thursday, 13 November 2014

Mengatasi Kembung Perut Bayi

Masalah bayi meragam kebiasaanya kerana kembung perut dan bayi akan mula merengek minta di belai. Apa kata setiap kali selesai memandikan bayi anda , demah bayi anda dengan tuam. Cara bertuam pun terpulang kepada anda untuk memilih yang paling praktikal.

mengatasi kembung perut

Cara pertama:
Menggunakan daun sirih yang di layur di atas tudung periuk dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, demah atau tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.

Cara kedua:
Menggunakan ramuan herba jintan yang di campur dengan beberapa herba yang lain. Masukkan ke dalam ikatan kain ( seperti iktan sup bunjut adabi).Panaskan di atas tudung periuk dan agak-agak suam , tuam di kawasan yang di sebutkan tadi.

Selain itu setiap kali selepas selesai bertuam, sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di di bawah pelipat, di tapak kaki bayi, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.Jika anda rajin melakukannya, insyaalah bayi anda akan jarang kembung perut.

Sebaik-baiknya anda sendawakan bayi anda sebaik selesai menyusukannya. Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan bayi amat mudah dan anda boleh lakukan mana yang anda rasa lebih selesa. Anda juga boleh tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan.

Bayi kita akan tidur lena jika tidak mengalami masalah kembung dan kita juga boleh dapat merehatkan badan atau melakukan kerja-kerja ringan sewaktu berpantang.
 
Faktor- faktor  yang menyebabkan bayi kembung perut.
  • Bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
  • Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

4 comments:

  1. Baby saya mmg sejak lahir perut kembung tp tk pernah meragam..

    bondaseri.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perut kembung sejak lahir?
      Biasa jika budak perut kembung mmg akn meragam

      Delete
  2. Babay saya juga kembung masa lahir,. Alhamdulillah xmeragam... tiap2 lepas mandi buat urutan sikit sikit.,,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen