Assalamualaikum dan selamat malam semua pembaca peminatvitamin yang dikasihi. Seperti yang kita sedia maklum, setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan cahaya mata sebagai pengikat kasih mereka. Tentunya berita kehamilan paling ditunggu selepas diijabkabulkan, namun kehamilan buat pertama kali pasti memberi pengalaman baru kepada setiap wanita.
Perasaan berdebar, takut dan gembira pasti menyelubungi setiap pasangan. Banyak petua dan pantang larang perlu diikuti sewaktu hamil bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
Pengalaman hamil pasti memberi pengalaman manis sebelum bergelar ibu. Gejala seperti morning sickness, loya, pening antara simptom biasa dialami setiap bakal ibu. Setelah menampakkan tanda awal kehamilan atau mengandung, anda hendaklah bersedia dengan pantang larang tersebut:
1. Penjagaan kuku tangan kaki
– Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika
boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama
usia kandungan anda. Ini
kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih
baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
2. Jalani rawatan muka
– Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan
kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak
mengandungi bahan berbahaya
3.Mewarna rambut
– Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan,
kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan
menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
4.Kasut bertumit
– Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin
bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang
mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang
keseimbangan serta terjatuh.
5.Ubat nyamuk
– Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang
dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia
berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
6.Derma darah
– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami
anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk
kehamilan.
7.Bawa barang – Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
8.Durian
– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan,
kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan
keguguran.
9.Kapal terbang
– Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah
lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi
masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap
kehamilan.
10.Gincu bibir
– Jika anda suka memakai gincu ketika hamil, elakkan tabiat suka
menjilat bibir. Bahan pengawet dan pewarna di dalam gincu jika tertelan
boleh membahayakan janin.
11.Krim pemutih – Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
12.Ubat jerawat
– Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa
kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika
penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin
anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan
penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah
melahirkan nanti.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
oh..ubat jerawat pun bahaya ye :D
ReplyDelete:: anmashealthcare.blogspot.com ::