Thursday 30 October 2014

Kelebihan Mengurut

Anda pernah diurut?Mesti best kan?Kadang-kadang saya boleh tertidur bila diurut. hihi...Dari segi fizikal, urutan secara dasarnya meningkatkan pengaliran darah dan membolehkan lebih banyak oksigen disalurkan kepada tubuh. Perjalanan darah yang tersekat itulah punca seseorang itu merasai lenguh, sengal, pening dan sakit-sakit pada bahagian tertentu pada badan.
segarkan badan dengan berurut

Keadaan ini memperbaiki pernafasan dan pengaliran darah serta mempertingkatkan keadaan kesihatan secara keseluruhan. Apabila berurut, oksigen dalam darah merah dapat disalurkan ke otak dan membantu badan menjadi sihat dan segar.

Walaupun mengurut bukanlah penawar sepenuhnya kepada masalah sakit otot dan ketegangan urat, ia dapat mengurangkan kesakitan. Mengurut juga mampu meredakan tekanan, sekali gus membuatkan badan berasa segar dan mengurangkan lesu.

Urutan juga mampu menimbulkan perasaan yang harmoni dan memberi kesejahteraan menyeluruh serta dapat berasakan diri dimanja.

Bagi wanita antara manfaat urutan selepas bersalin termasuklah membuang angin dan melancarkan perjalanan darah, menghilangkan rasa kebas dan lesu serta membantu wanita untuk mendapatkan bentuk tubuh yang langsing.

Wanita yang melahirkan anak secara normal boleh mula mengurut selepas dua minggu bersalin, manakala yang menjalani pembedahan dinasihatkan berurut sebulan selepas bersalin.

Urut dikatakan membantu melambatkan menopaus jika wanita itu mengamalkan urutan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua atau tiga bulan.

Mengurut juga dikatakan, baik untuk wanita yang mengalami rasa sakit senggugut disebabkan perjalanan darah haid tidak teratur atau datang bulan sekali dalam tempoh tiga atau empat bulan.

Antara pantang-larang berurut:-

  • Tidak boleh kenyang. Jika makan hidangan berat, tunggu hingga sekurang-kurang sejam kerana dalam keadaan kenyang, urut boleh menyebabkan darah mengalir keluar dari perut ke arah jantung. Jika ini berlaku, makanan akan mengambil masa lebih lama untuk hadam.
  •  Bagi wanita mengandung urut tidak boleh dilakukan bagi tiga bulan pertama kerana boleh meningkatkan simptom `morning sickness'. Urut terhadap wanita mengandung perlu dilakukan dengan lembut dan elakkan bahagian perut.
  •  Tidak digalakkan diurut bagi mereka yang mempunyai masalah jantung  kerana menyebabkan peningkatan pengaliran darah dari dan ke jantung menyebabkan jantung bekerja lebih keras. Ini dikhuatiri menyebabkan serangan sakit jantung.
  • Mereka yang baru menjalani pembedahan kerana dikhuatiri boleh menyebabkan jahitan luka terbuka dan pendarahan dalaman atau luaran berlaku.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

4 comments:

  1. kena urut best sangat..kita selalu sakit belakang.. memang bila skit je.. duk cari kwn minta urut..nseb baik kwn tu reti urut..

    jemput singgah

    ReplyDelete
  2. Sejak saya mengurut, sakit kepala Dan angin DLM badan berkurangan.
    Lagi best bila Urut org yg pandai Dan mahir.

    ReplyDelete
  3. Sejak saya mengurut, sakit kepala Dan angin DLM badan berkurangan.
    Lagi best bila Urut org yg pandai Dan mahir.

    ReplyDelete
  4. Sejak saya mengurut, sakit kepala Dan angin DLM badan berkurangan.
    Lagi best bila Urut org yg pandai Dan mahir.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen