Penjagaan pemakanan adalah salah satu elemen yang sangat penting
semasa tempoh wanita berpantang selepas bersalin. Ini adalah untuk
memastikan si ibu mendapat zat makanan yang secukupnya untuk pemulihan,
di samping untuk mengelakkan makanan yang boleh memberi mudarat seperti
makanan berunsur sejuk yang boleh menimbulkan simptom angina dalam
badan, atau makanan yang berunsur gatal atau tajam.
Kalau dilihat
dalam masyarakat Melayu dahulu, si ibu hanya dibenarkan untuk menjamah
nasi berlaukkan ikan kering, ikan bakar berkunyit atau ikan bilis dengan
lada hitam sahaja. Air pun tidak boleh diminum banyak, hanya dua ruas
jari sahaja setiap kali minum. Ini bukan sahaja sekadar tidak membantu
mempercepatkan pemulihan si ibu, bahkan boleh menyebabkan masalah
kesihatan kepadanya seperti masalah tekanan darah rendah atau masalah
kepada buah pinggang.
Amalan diet sebegini juga berpotensi
memberi masalah kepada ibu yang menyusukan anak, terutamanya yang
mengamalkan penyusuan yang eksklusif. Tumbesaran bayi memerlukan zat
yang banyak terutamanya dalam bentuk protein, kalsium dan vitamin B
complex. Bagaimana zat-zat ini hendak ada dalam susu ibu sekiranya si
ibu hanya memakan ikan kering dengan nasi? Amalan diet ini juga boleh
menyebabkan masalah kekurangan susu dan susu cepat habis.
Itulah
sebabnya amalan berpantang tradisional dilihat banyak bertentangan
dengan amalan perubatan moden yang lebih toleran dalam bab diet selepas
bersalin.
Oleh itu, apa yang patut dimakan semasa berpantang?
1.Seperti yang saya ada nyatakan di atas, si ibu memerlukan zat yang
mencukupi dalam pemakanan. Makanan yang kaya dengan protein adalah
sangat diperlukan seperti daging, sesetengah jenis ikan dan ayam
(bergantung kepada sesetengah amalan keluarga. Ada sesetengah menolak
sepenuhnya ayam dari diet, ada sesetengah yang memilih ayam hitam atau
ayam kampung sahaja).
2.Ikan kategori yang boleh dimakan pula ikan
tenggiri, bawal, salmon, haruan, siakap, ikan merah, kerisi, kurau,
kerapu, senangin, jenahak dan ikan bilis. Sayur-sayur yang boleh
dimakan pula adalah dari kategori yang tidak sejuk dan yang boleh
menggalakkan pengeluaran susu untuk bayi seperti sayur sawi, lobak
putih, bok choy, lobak merah dan bawang merah. Ini juga termasuk
ulam-ulaman seperti pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun sekentut,
daun cemumar, daun pudina dan daun kari.
3.Buah-buahan pula yang
boleh dimakan adalah buah tamar/kurma (sangat elok untuk dimakan dari
waktu mengandung sehingga selepas bersalin), epal dan pear.
Sementara itu, makanan yang perlu dielakkan semasa berpantang adalah:
1.Makanan laut seperti udang, sotong, kerang, ketam dan sesetengah ikan
yang bersifat gatal seperti ikan duri, tongkol, sembilang dan ikan pari.
2.Sayur-sayur yang menjalar dan bersifat angin seperti kangkung, taugeh,
pucuk ubi, labu, timun, keladi, pucuk paku, kacang panjang, petola,
terung, petai dan jering.
3.Buah-buahan yang bersifat sejuk atau
tajam seperti kelapa muda, mangga, durian belanda, nenas, jambu,
belimbing, cempedak, nangka dan sebagainya.
Pemakanan semasa berpantang ini juga elok disandarkan kepada sunnah Nabi saw, di mana makan apabila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Kelaparan tidak elok berlaku semasa berpantang kerana berisiko untuk masuk angin. Tambahan pula rasa lapar juga adalah satu cara saraf memberikan signal bahawa si ibu sedang memerlukan nutrien untuk badannya. Sementara makan hingga terlalu kenyang pula seperti yang kita ketahui turut boleh membawa mudarat kepada si tuan badan. Amalan sunnah ini elok diamalkan tidak kira dalam keadaan berpantang atau tidak.
Pengambilan air semasa
berpantang juga perlu dikawal dan dijaga. Tidak boleh terlalu banyak
meminum air kerana boleh mengembangkan urat-urat badan, pada masa yang
sama tidak boleh terlalu kurang. Pastikan air diminum sekadar
secukupnya.
Walau bagaimana pun, amalan petua ini hanya sesuai
digunapakai untuk wanita yang bersalin normal. Untuk yang melahirkan
anak melalui kaedah caesarean, mungkin memerlukan amalan diet yang lebih
teliti.
P/s: Petua-petua yang dinyatakan di atas hanyalah
panduan atau nasihat yang tidak ada kaitan dengan kaedah atau amalan
perubatan. Petua dan nasihat ini juga mungkin tidak sama seperti yang
diamalkan oleh sesetengah komuniti Melayu itu sendiri berdasarkan
perbezaan budaya dan amalan tradisional
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen