Tuesday, 28 October 2014

Langkah Mudah untuk Hilangkan Sakit Kepala

Cara paling mudah untuk hilangkan sakit kepala pastinya dengan menelan panadol tetapi saya ni memang liat sikit bab nak menelan pil. Lagipun mengambil ubat penahan sakit memang tidak elok untuk kesihatan jangka masa panjang. Jadi nak tak nak saya gagahkan diri juga mengadap laptop untuk mencari petua-petua menghilangkan sakit kepala yang semakin berdenyut.

Rupanya banyak juga petua untuk mengubati sakit kepala. Antara petua melegakan sakit  kepala yang nampak seperti mudah adalah:

1) Minum air sebab ada kemungkinan badan kita kekurangan air. Jadi kita perlu minum beberapa gelas air untuk memastikan badan kita rasa segar semula dan sakit kepala akan hilang sedikit demi sedikit.

2) Tenangkan fikiran untuk seketika. Pejam mata dan rehatkan minda. Boleh juga pasang lagu yang sentimental ataupun lagu yang mententeramkan jiwa untuk memberikan aura ketenangan. Sebab kalau badan letih dan stress pun boleh mengakitbatkan sakit kepala.

3) Urut kepala dengan perlahan. Boleh juga menggunakan minyak angin. Sapu sedikit minyak angin pada kepala dan urut dengan menggunakan hujung jari.

4) Lekatkan pelekat cool fever di kepala. Cara ini dapat menyejukkan dan menarik haba panas yang mungkin menjadi penyebab kepada sakit kepala yang dialami.

Yang selalu sakit kepala macam saya. boleh la cuba tips ini ye..semoga ianya berkesan untuk anda...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen