Monday, 20 October 2014

Semalam Punya Cerita : Bubur Jagung

Kebetulan semalam boring tak tau nak buat apa..so time ni la selongkar dapur dan hasilnya ketemu dua tongkol jagung yang diimport khas daripada Kelantan..jauh tu..masa tu hubby belikan semasa balik kampung melawat arwah neneknya meninggal dunia. sudah seminggu jagung tu baru la terfikir nak buat bubur jagung...itu pun suami yang kepingin nak makan...

Dua tongkol jagung menjadi pilihan untuk dibuat bubur jagung. Kebetulan adik mahu ke kedai, minta tolong dia belikan santan dan gula melaka..sebenarnya buat bubur jagung ni simple je dan tak de la susah mana pun..

Cara-caranya adalah seperti berikut:-
1. Kupas jagung yang nak dibuat bubur
2. Dah siap kupas, sila bilas jagung dengan air bersih 
3. Dah bilas boleh la hiris..cara hirisannya sedang-sedang saja..tak mau terlalu tebal atau terlalu nipis

Bahan-bahan yang diperlukan ialah:-
1. Santan
2. Gula melaka
3. Garam
4. Gula
5. Daun pandan (tapi semalam tak letak sebab tak de kat rumah)

Cara-cara untuk membuat bubur jagung:
1. Panaskan periuk bersama air dan pastikan jumlah air melebihi kuantiti jagung yang telah siap dihiris.
2. Selepas itu, masukkan jagung yang telah dihiris dan biarkan 5-10 minit.
3. masukkan gula dan garam secukup rasa
4. masukkan gula melaka..saya hiriskan kecil-kecil untuk senang hancur, kacau bahan-bahan tersebut dan biarkan seketika.
5. masukkan santan ke dalam adunan jagung tadi
6.  kacau sehingga mendidih



taraaa....sudah siap...selamat mencuba

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen