Monday, 13 October 2014

Rawat Migrain dengan Suplemen Shaklee

Assalamualaikum semua...Hari ini topik berkisarkan suplemen untuk merawat migrain. Sepertimana yang kita ketahui, masalah migrain bukanlah suatu penyakit yang asing bagi ramai individu. Ianya menyerang sesiapa saja baik lelaki mahupun wanita termasuklah pelajar, golongan professional, yang sering stress dan terbeban dengan tugasan di pejabat serta individu yang tidak mendapat rehat secukupnya. Apabila keadaan ini menjadi bertambah teruk, rata-rata daripada mereka akan mengambil jalan mudah dengan menelan panadol mahupun ponstant bagi memberi kelegaan sementara terhadap keadaan migrain yang dialami.

Persoalannya sekarang, kenapa masih perlu bergantung pada ubat-ubatan yang terang-terangan mempunyai implikasi jangkamasa panjang terhadap kesihatan kita selain diperbuat di dalam makmal melalui gabungan pelbagai jenis dadah? Sedangkan terdapat pendekatan yang lebih selamat bagi mengatasi masalah migrain ini melalui supplement yang semulajadi? Jom kita tengok, supplement apa yang baik untuk masalah migrain.
 
Pengambilan ubat-ubatan seperti panadol dan ubat tahan sakit bukanlah tidak boleh, namun sekiranya diambil dengan terlalu kerap dan pada dos yang tinggi, ianya akan membawa kepada kemudaratan yang akhirnya boleh menjejas tahap kesihatan seseorang itu. 

elok dan selamat untuk merawat migrain
 
1. OSTEMATRIX
Kenapa saya katakan ostematrix? Kerana ostematrix terdiri daripada gabungan kalsium, magnesium dan Vitamin D. Biasanya umum akan kaitkan kalsium dengan tulang dan gigi. Akan tetapi, fungsi kalsium sebenarnya merangkumi jauh lebih besar daripada kesihatan tulang dan gigi semata-mata. 

Malah ianya turut bertindak dalam menetapkan ritma jantung, mengatasi masalah insomnia atau susah tidur, mengawal kadar kolesterol dalam darah, membantu pembekuan darah, melancarkan fungsi saraf dan otot dan membantu pengaliran gizi makanan untuk keluar dan masuk daripada membran. 

Magnesium yang terkandung di dalam Ostematrix pula bertindak untuk memetabolismakan kalsium. Bertindak dalam mengelakkan pembuluh darah daripada menjadi kejang salah satu punca utama yang dipercayai penyebab masalah migrain. 

Selain itu, satu kajian yang telah dijalankan terhadap magnesium mendapati ianya mampu mengurangkan rasa sakit kepala dan mengurangkan frekuensi kekerapannya.

Apabila mencari supplement kalsium, carilah yang mengandungi Vitamin D kerana Vitamin D membantu penyerapan kalsium yang lebih optimum. Sekiranya kalsium yang anda pilih tidak mengandungi Vitamin D, besar kemungkinan kalsium tersebut akan tertinggal di dalam ginjal mahupun pundi kencing sebagai batu yang boleh mengakibatkan masalah batu karang.  

2. B COMPLEKS
Istimewanya B Complex Shaklee adalah ianya dilengkapi dengan 8 komponen penting Vitamin B. Antara 8 komponen ini termasuk Vitamin B2 (Riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine). Kedua-dua komponen ini telah terbukti mampu mengurangkan rasa sakit akibat migrain. 

Di samping itu, pengambilan B Complex secara konsisten mampu mengurangkan rasa tekanan dan stress yang merupakan antara penyumbang terhadap masalah migrain. 

Akhir kata, tepuk dada tanya badan ... adakah anda sanggup terus-terusan mendera badan anda dengan menyumbat panadol atau ubat tahan sakit setiap kali anda diserang migrain? 
Atau masihkah ada rasa kasihan dan sayang terhadap badan anda yang telah banyak berjasa menjadi tempat tumpangan dan membawa roh anda ke hulu ke hilir? Ianya adalah badan anda jadi anda yang tentukan! Justeru, buatlah pilihan yang bijak demi kesihatan yang berpanjangan dan lebih terjamin. Sekiranya anda mahukan alternatif yang lebih selamat untuk jangkamasa panjang, mendapatkan Ostematrix dan B Complex anda hari ini.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

2 comments:

  1. Memang betul tu, rakan saya pun ada masalah migrain sejak remaja. Beransur sembuh sejak amalkan Ostematrix & BComplex.
    Jom Lawat Blog Raikankasih

    ReplyDelete
  2. Memang terbaiklah. Sapa tak cuba rugi.
    Jom cantik dan sihat bersama Anna Health & Beuaty : http://annahealthnbeutyhouse.blogspot.com/

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen