Tuesday, 14 October 2014

Tips untuk Tidur Lebih Nyenyak

Manusia pada zaman sekarang kebanyakkannya berjaga pada waktu malam dan tidur pula disiang hari. Apabila fenomena ini berlaku, anda akan mengalami masalah untuk tidur kerana otak anda aktiv pada waktu malam. Justeru itu, saya paparkan beberapa petua dan tip untuk anda supaya mudah tidur malam.

1) TENTUKAN GELOMBANG TIDUR
  • Rasa mengantuk seperti gelombang yang datang setiap 60-90 minit sekali dan teknik ini dikenali sebagai ultradian rhythm. Menurut Dr David Morawetz, pakar gangguan tidur dari Melbourne mengatakan menangguhkan waktu tidur kerana ingin membaca buku hingga ke satu bab akan mebuatkan mata anda tidak mengantuk lagi kerana anda sudah melewatkan gelombang tidur itu.
  • Tidur umpama anda ‘berlayar’. Tangkap gelombang ketika anda mengantuk, jika anda kehilangan momen itu, anda harus menunggu sehingga gelombang mengantuk datang pada masa 60-90 minit lagi.
  • Pada waktu gelombang tiba, tetapkan posisi tempat tidur kerana gelombang itu hanya bertahan selama 5-7 minit sahaja. Apabila rasa mengantuk datang, tinggalkan segala aktiviti yang anda lakukan dan tidurlah.
2) TIDUR PADA WAKTU SEPATUTNYA
  • Anda tidak perlu ke bilik tidur pada waktunya setiap malam. Jika hari tersebut anda tidak letih atau penat, tentu anda akan terbaring di atas katil berjam-jam tanpa tertidur. Adalah lebih baik anda berbaring di atas katil ketika anda mengantuk.
  • Kebanyakan mereka yang mempunyai insomnia yang kronik, akan mengalami kesukaran untuk tidur, suka mengeluh dan banyak berfikir.
  • Jangan terlalu memikirkan kenapa sukar untuk tidur kerana ia boleh menjadi perkara rutin dan benar-benar tidak boleh tidur.
3) NYAHKAN EMOSI KETIKA TIDUR
  • Salah satu punca utama membuatkan anda tidak boleh tidur kerana memikirkan masalah sehari-hari seperti bertengkar dengan pasangan, masalah kewangan, isu di tempat kerja atau apa yang harus dilakukan esok.
  • Walaupun semua masalah ini perlu ditangani tetapi tidak semestinya anda perlu selesaikan di tempat tidur.
  • Kalau boleh, atur jadual pada waktu siang untuk melakukan apa yang anda fikirkan dan supaya hal ini tidak muncul semasa anda ingin tidur.
  • Anggaplah sebaik sahaja kepala anda mencecah bantal, semua masalah sudah tiada dan tidurlah dengan penuh lena.
4) BERSIHKAN TEMPAT TIDUR
  • Sebuah penelitian di University of Worcester mendapati kebanyakan selimut atau cadar boleh membawa sehingga 20,000 kuman debu dalam rumah. Jika keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan implikasi serius seperti gejala asma, radang saluran pernafasan, masalah kulit dan sebagainya.
  • Seeloknya, anda perlu mencuci selimut sekurang-kurangnya setiap dua minggu sekali untuk menghindarkan gejala alahan yang menganggu.
5) BANGUN PAGI PADA WAKTU YANG SAMA
  • Sebenarnya anda tidak perlu tidur pada waktu yang sama setiap malam. Tetapi, anda perlu bangun jam yang sama setiap pagi. Jika diamalkan, ia boleh menjadi kebiasaan dan anda akan tidur pada waktu yang sama setiap malam.
  • Perlu diingat, segeralah ke tempat tidur apabila anda mula menguap dan mata terasa berat.
6) BILIK TIDUR HANYA UNTUK HUBUNGAN INTIM DAN TIDUR
  • Jagalah tempat tidur sebagai tempat untuk hubungan intim bersama pasangan yang sah dan tidur sahaja. Jangan sesekali melakukan aktiviti seperti menonton televisyen, mendengar radio atau membuat kerja pejabat di atas katil.
  • Aktiviti-aktiviti ini amat berlawanan dengan tidur kerana anda telah memfokuskan tempat tidur dengan fikiran yang sibuk.
  • Oleh itu, lakukan kegiatan tersebut pada waktu dan di tempat yang lain.
7) TENANG DAN NIKMATI
  • Dalam kajian selama 16 tahun, penelitian yang dilakukan di Case Western Reverse University Ohio mendapati wanita yang kurang tidur – 5 jam atau kurang setiap malam boleh menyebabkan berat badan mereka naik dengan cepat.
  • Jadi, nikmatilah waktu tidur dengan mengatakan bahawa tidur yang cukup akan membuatkan anda tetap langsing.
8) JAUHI DARI ‘TIDUR AYAM’
  • Kebanyakan anda akan tertidur di depan televisyen dalam beberapa jam sebelum waktu tidur yang sepatutnya. Ini akan membuatkan anda sukar tidur pada malam hari. Akibatnya, gantian tidur waktu malam dibawa ke waktu siang.
  • Namun begitu, tidur-tidur ayam yang anda lakukan pada waktu siang akan membuatkan anda sukar tidur lebih cepat dan nyenyak.
9) CUBA TIDUR SENDIRI
  • Menurut penelitian Austria mengatakan berkongsi tempat tidur dengan rakan sebilik boleh mengurangkan ketenangan fikiran (kecuali pasangan suami isteri).
  • Namun, beberapa peneliti percaya wanita boleh tidur dengan nyenyak tanpa gangguan tidur berbanding lelaki (suami) kerana faktor kitaran hidupnya seperti melahirkan anak, menopaus atau kesibukan dalam seharian dalam menjalankan tugas-tugas rumahtangga.
10) JANGAN TERTEKAN KERANA ‘TIDAK TIDUR’
  • Sebenarnya, kemampuan untuk tidur boleh hilang apabila anda terlalu bimbang tentang ‘tidak tidur’. Dengan kekusutan fikiran yang berterusan akan membuatkan anda terjaga.
  • Jadi, ketika anda berjalan menuju ke bilik tidur katakan pada diri sendiri yang anda tidak perlu bimbang untuk tidak tidur. Berbaring di atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stres yang berlaku, tentu anda akan tertidur dengan sendirinya.
Semoga tips di atas dapat membantu individu yang sukar untuk melelapkan mata di malam hari. Selamat mencuba!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen