Tuesday, 21 October 2014

Kesan Kekurangan Air dalam Badan

Saya ada soalan untuk anda...Berapakah jumlah air kosong yang anda minum hari ini?? Pernahkah anda sukat jumlah air yang anda minum setiap hari?? saya pasti tak ramai yang sukat jumlah air yang diminumnya..betul x??
Meh kita baca kesan kekurangan air dalam badan di mana ada kajian menunjukkan kehilangan 2% cecair badan boleh menyebabkan:-

 1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek) 

2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah

3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 


4. Tekanan darah menurun. 


5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk. 


6. Lesu pada waktu siang. 


7. Sakit belakang. 


8. Dehidrasi. 


9. Sakit kepala. 


10. Memperlahankan kadar metabolisma badan.


11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 


12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 


13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 


14. Meningkatkan keinginan untuk makan. 


15. Darah menjadi lebih pekat .


16. Mudah keliru. 


17. Degupan jantung semakin meningkat. 


18. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan.


19. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.


20. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.


21. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 


22. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 


23. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 


24. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
 

 
Jadi apakah alasan anda untuk tidak menggantikan air manis dengan air putih? Ramai yang tahu bahawa air putih begitu berharga tetapi tak ramai yang memanfaatkannya. Malas untuk sering ke tandas barangkali. Ayuh kita didik anak-anak untuk memanfaatkan sepenuhnya keajaibannya.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen