Sunday, 26 October 2014

Petua Atasi Jerawat

Bila jerawat melekat kat muka mulalah rasa tak keruan..mesti terfikir-fikir macam mana cara untuk menghilangkannya kan? Maklumlah orang perempuan la katakan..seolah-olah jerawat mencacatkan penampilan seseorang.
 
Jangan terlalu risau ye kaum hawa sekalian. ada petua yang boleh membantu mengatasi jerawat yang tumbuh di muka tu.janji rajin dan konsisten. Nak cantik mestilah kena berkorban sikit.
 
Siapa sangka limau nipis pun mampu digunakan untuk merawat jerawat di samping bagus untuk melangsingkan badan. Pertama sekali bersihkan muka dengan bersih-bersih. Lepas itu ambil limau nipis dan hiris dan oleskan di wajah. Jangan digosok cuma oleskan di wajah. Kemudian biarkan 1-2 minit. Bila air limau tu rasa dah mengering di wajah, bolehla dibilas dengan air suam.Akhir sekali bilas dengan air dengan air sejuk sebelum dilap dengan tuala.
 
Kentang juga boleh digunakan untuk merawat jerawat, bukan sekadar untuk dimakan saja tau..waktu nak tidur, cuci muka sebersihnya. Ambil kentang segar dan potong kepada beberapa hirisan yang nipis. Hirisan kentang itu ditampalkan pada bahagian wajah yang ada jerawat. Biarkan sehingga semalaman dan esoknya boleh la di buang kentang dan dicucikan wajah. Amalan ini mampu mengecutkan jerawat yang tumbuh di wajah.
 
Selain itu, asam jawa juga boleh digunakan sebagai masker dalam mengecutkan jerawat. Caranya, sediakan 2 biji asam jawa dan dicampur dengan air bersih. Jika diamalkan secara berterusan, hasilnya kulit menjadi halus dan cantik berseri. Bancuhan itu dioleskan di wajah sepertimana kita memakai masker. Biarkan seketika dan dibilas dengan air bersih.
 
Petua yang pada saya memang mudah untuk diamalkan  dan selamat mencuba untuk semua pembaca...!
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen