Assalamualaikum dan selamat malam semua
Entri pada kali ini berkenaan dengan sakit tengkuk. Majoriti yang mengalami sakit tengkuk adalah di kalangan yang bekerja di pejabat yang mana banyak menghabiskan masa di depan komputer.
Sakit tengkuk yang kronik boleh berpunca dari
beberapa struktur pada leher anda seperti;
- Sakit otot dan fasia yang kronik (syndrom myofascia)
- Saraf leher yang tersepit
- Atritis dari sendi facet
- Cakera yang tergelincir
- Saraf tunjang yang tersumbat (Spinal stenosis)
- Tulang belakang(vertebra)
- Urat/Ligament
Apakah penyebab kesakitan tengkuk yang kronik?
- Proses penuaan seperti spondylosis, cakera tergelincir dan spinal stenosis.
- Penyakit arthritis atau Sindrom sendi facet
- Postur yang salah ketika bekerja
- Kecederaan pada masa lampau seperti kemalangan jalanraya (post whipplash injury)
- Osteoporosis
- Penyakit kanser pada tulang belakang
- Struktur tulang belakang yang abnormal(scoliosis)
- Stress dan bimbang yang berpanjangan
Penyebab sakit tengkuk kronik yang paling kerap berlaku ialah muscle starain yang disebabkan oleh salh postur atau penggunaan otot yang berlebihan. Biasanya anda kan rasa lenguh –lenguh dan ubat penahan sakit seperti panadol dan sakit urat seperti celebrex bisanya berkesan. Rehat yang cukup dan mengurut dengan lembut pada bahagian otot ini juga akan memberi kelegaan. Biasanya sakit jenis ini akan hilang dengan sendirinya dalam masa satu hingga dua minggu.
Manakala sakit tengkuk yang lebih serius
biasanya melibatkan cakera tergelincir, spinal
stenosis dan sindrom sendi facet. Walaupun penyakit ini dikatagorikan oleh
sebab penuaan, tapi trend sekarang menunjukkan penyakit ini sudah mula dihidapi
oleh orang muda. Maknanya orang sekarang mengalami proses penuaan yang cepat
tanpa kita tahu puncanya.
Biasanya kesakitan tengkuk yang serius akan disusuli
dengan sakit otot sindrom myofascia yang menambah kesengsaraan dan rasa sakit
pada leher. Bagi doktor yang mahir
beliau boleh menganggarkan peratus yang disumbangkan oleh punca yang berbeza
ini. Punca sakit yang berbeza memberi rasa sakit yang berlainan.
Bagi yang mengalami masalah tengkuk yang berlarutan, sila dapatkan nasihat daripada yang pakar sebelum terlambat. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai sakit tengkuk.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen