Thursday, 23 October 2014

Khasiat di sebalik warna Buah dan Sayuran Hijau

Tiap-tiap hari wajib makan sayur. Jika tiada sayur dalam menu harian terasa janggalnya. Ini kerana sayur-sayuran dan buah-buahan menjadi sebahagian daripada makanan yang diperlukan tubuh setiap hari. Buah dan sayuran sangat penting bagi kesihatan kita kerana kedua-duanya adalah makanan dari sumber alam yang kaya dengan nutrien.

Untuk memaksimumkan pengambilan pelbagai khasiat dalam makanan, ada baiknya kita mengetahui manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran dengan warna masing-masing.

1.Warna Hijau Warna hijau pada buah dan sayur adalah warna berasal dari klorofil, menandakan kandungan sulfarophane, isothiocyanate dan indoles. Ketiga-tiga zat ini berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia penyebab kanser.

Kandungan serat, lutein, zeaxanthin, kalsium, folat, vitamin C, kalsium, dan beta-karoten pada sayur berwarna hijau juga membantu menurunkan tekanan darah dan kadar kolesterol LDL, menormalkan waktu pencernaan, mendukung kesihatan retina dan penglihatan, melawan radikal bebas berbahaya, hingga meningkatkan aktivitas sistem kekebalan tubuh.
Banyak sekali buah-buahan dan sayuran yang berwarna hijau. Antaranya sawi,kacang panjang, kacang pis,kacang botol,kangkung, timun batang, epal hijau dll.

2.Warna Merah
Buah dan sayur berwarna merah menandakan kandungan zat seperti likopen, asam ellagic, quercetin, dan hesperidin. Nutrisi ini mengurangkan risiko kanser prostat pada lelaki, menurunkan tekanan darah, mengawal pertumbuhan tumor dan kadar kolesterol LDL, serta menghalang radikal bebas berbahaya. 


Contoh buah dan sayuran berwarna merah ialah tembikai merah, tomato, bayam merah, cili, jambu air dll.

3.Warna Kuning dan Oren
Warna kuning dan oren pada sayuran dan buah-buahan menandakan kandungan beta-karoten, zeaxanthin, flavonoid, lycopene, kalium, dan banyak vitamin C. Seluruh kandungan tersebut berfungsi melindungi sel tubuh. Selain itu, kandungan potassium pada buah dan sayur berwarna kuning juga baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangi pembentukan plak di arteri serta berfungsi sebagai pencuci perut.
Contoh; karet, tembikai kuning, limau, tomato.

4.Warna Putih
Makanan berwarna putih sangat bagus untuk tubuh kerana mengandungi banyak flavonoid yang dapat membantu kesihatan membran sel. Nutrisi seperti beta-glukan, EGCG, SDG, dan lignan juga meningkatkan kekebalan tubuh, menurunkan risiko usus besar, payudara, dan kanser prostat, menjaga tingkat keseimbangan hormon dan mengurankan risiko kanser.
Contoh; karet putih, kentang, sengkuang

5.Warna Biru dan Ungu
Sayur dan buah yang berwarna biru-ungu mengandungi magnesium yang diperlukan untuk melancarkan fungsi pencernaan dengan menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus lalu menghantarnya keluar dari tubuh. Selain itu, terung juga mengandungi pectin penurun kolesterol dalam jumlah cukup banyak.

Nutrisi lutein, zeaxanthin, resveratrol, vitamin C, serat, flavonoid, asam ellagic, dan quercetin juga mendukung kesihatan retina, menjaga level rendah kolesterol LDL, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral lainnya, melawan peradangan dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor.
Contoh; blueberry, anggur 

Semoga tips ini dapat membantu sediit sebanyak anda semua dalam membuat pemilihan sayuran dan buahan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen