Saturday, 25 October 2014

Kenapa Kita Memerlukan Makanan Tambahan?

Entri kali ini mengupas isu berkenaan kenapa kita perlukan makanan tambahan atau suplemen.
 
Di antara sebab yang menyebabkan kita perlu mengambil makanan tambahan adalah seperti berikut:-
 
1. Badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tiggi berbanding apa yang boleh diperolehi daripada makanan. Contohnya seperti Vita E dan Vita C yang diperolehi daripada pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan penyakit dan anti-penuaan.
 
2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan. Di samping itu, racun perosak, racun serangga, racun tumbuh-tumbuhan dan bahan pencemar yang lain juga akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
3. Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Vitamin-vitamin tertentu seperti Vita-C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan Vita-C sebaik sahaja ia dipetik. Biasanya buah-buahan yang sampai kepada kita selepas berbulan-bulan ia dipetik.

4. Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan, laksatif dan antibiotik megganggu penyerapan zat makanan. Pengamalan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Umumnya, rakyat Malaysia memakan mengikut rasa dan bukan atas asas pemakanan. Contohnya, kita makan nasi lemak sebagai sarapan pagi dan roti canai semasa minum petang. Kita sentiasa makan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Jarang sekali kita makan disebabkan kita perlukan nutrien makanan tertentu. Kita nampak trend di sini adalah orang makan disebabkan oleh rasa bukan kerana nutrien.

6. Trend masa kini juga dengan kehidupan yang sibuk, jarang sekali kita masak dan makan dirumah. Masyarakat lebih gemar makan makanan segera yang rendah nilai nutrien tapi sebaliknya tinggi kandungan monosodium glutamate (MSG).

7. Bagi yang bekerja, makan tengahari selalunya di luar dan malam memasak seringkas mungkin, maka pengambilan makanan seimbang tidak dititikberatkan.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hama

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen