Tuesday, 21 October 2014

Herbal Blend Shaklee - Krim Serbaguna

Assalamulaikum semua..

Pernah dengar tak krim serbaguna keluaran Shaklee? Yang pernah dengar dan mencubanya pasti berpuas hati kan?Ni nak cerita sikit..Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Ianya dingin, bermentol dan tidak berminyak. Ia memang cepat kehabisan. Sebab itu, saya sentiasa standby satu kat rumah walaupun satu kiub tu tahan berbulan-bulan lamanya..




Jom kita tengok apakah di antara kegunaan losyen serbaguna ini. Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni adalah :-

1. Merawat ruam lampin dan gatal-gatal digigit serangga
Inilah tujuan asal saya membeli Herbal Blend. Kesian tengok Aisyah melecet di bahagian punggung disebabkan oleh ruam lampin. Setiap masa saya sapukan, dan dengan Herbal Blend, Aisyah boleh tidur lebih lena. Dan kadang-kadang bila balik kampung memang tidak terlepas dari digigit nyamuk..lotion ini juga banyak membantu.. :)

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
Tumit kering dan pecah sememangnya menjadi masalah saya sejak dahulu lagi. Pernah cuba macam-macam jenis krim mahal di farmasi. Tapi, tak berapa nampak hasilnya. Tapi, sekali dua cuba Herbal Blend, memang puas hati. Lembut je tumit tu. :) Kalau tak percaya, ni ada testimonial seorang pengguna Herbal Blend...

3. Ubat luka / lecur
Boleh guna ganti minyak gamat. Seeloknya ada satu herbal blend dalam rumah, bila ada luka je, cepat baik. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh...

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Memang dah terbukti, bila ada luka pada puting akibat gigitan anak, pedih yang teramat.. Jadi, lepas ni, ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, kena ada herbal blend di sisi.. :) Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah akan pudar dan hilang...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Bayi kan masih kecil, kulitnya baru sahaja hendak sesuai dengan alam ini. Jadi, sapukan sahaja Herbal Blend. Ia akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian bayi tu...

7. Losyen harian
Saya juga gunakan sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal blend tidak berminyak. Jadi sememangnya selesa.
 
Best kan Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee ni. Pelbagai khasiat yang terkandung dalam satu botol. Apa yang penting ianya semulajadi dan selamat untuk digunakan seisi keluarga.
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

2 comments:

  1. sy pon sukaaa sgt herbal blend nie bg merawat tumit merekah mmg mujarab lah

    salam perkenalan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen