Wednesday 1 October 2014

Penjagaan Gigi yang Betul

Senyum seindah suria yang memberi cahaya..kau tersenyum ku tersenyum ..kemesraan terukir....
Hampir setiap hari kita pasti berhadapan dengan orang lain. Samada rakan sekerja, saudara mara, keluarga atau tetangga. Kesihatan mulut dan kebersihan gigi tentu amatlah penting untuk kepercayaan diri kita. 

Bagaimana cara merawat dan menjaga agar gigi tetap bersih dan putih, mari kita lihat tips-tipsnya.
  1. Gosoklah gigi tiga kali sehari dan setiap selesai makan. Tapi jangan terlalu kuat kerana akan mengikis lapisan luar gigi dan membuatkan gigi terhakis serta rosak. Kita juga boleh mencuba mengggunakan berus gigi elektrik dan masa yang baik untuk memberus gigi adalah selama dua minit. 
  2. Pilih produk ubat gigi yang berpemutih. Kini terdapat pelbagai produk ubat gigi yang telah memasukan enzim dan formula kimia yang selamat sehingga anda tak perlu ragu untuk mengguna ubat gigi berpemutih.
  3. Selain itu juga, kita perlu rajin mengambil makanan berasaskan brokoli, daun selada atau bayam juga mampu menjaga gigi supaya putih. Sayur-sayuran itu terbukti sangat baik dan berkesan untuk mencegah kerosakkan gigi
  4. Strawberi adalah buah pemutih gigi yang sangat istimewa. Caranya mudah. Hancurkan saja strawberi kemudian tampalkan pada seluruh gigi anda dengan menggunakan jari. Biarkan selama satu hingga dua minit. Setelah itu gosoklah gigi dengan menyeluruh sampai bersih.
  5. Gunakan sedutan jika anda minum kopi, teh, dan minuman bersoda. Dengan demikian, minuman tak mengenai gigi secara langsung. Minuman-minuman tersebut biasanya menjadi penyebab kerosakan gigi yang sangat kuat.
  6. Bila anda memiliki wang yang lebih, tidak ada salahnya mencuba untuk mencuci gigi anda di klinik-klinik gigi atau berjumpa pakar gigi. Perawatan gigi ini biasanya mampu bertahan selama dua hingga tiga tahun. Akan tetapi sebaik sahaja dicuci, anda harus menjaga makanan dan minuman yang akan di makan.
Semoga senyuman yang cantik selalu menghiasi hari-hari anda.. :)
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen