Monday 27 October 2014

Tips Hilangkan Gastrik

Gastrik ni disebabkan perut kita terlalu berasid. Jadi untuk neutralkan asid, kita perlu cari makanan yang bersifat sedikit alkali. Di bawah ini disenaraikan makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit gastrik. Antaranya ialah:-
 
1) Pisang
Pisang tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi. Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik. Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik

2) Susu sejuk
Susu adalah tinggi kandungan kalsium. Kalsium membantu mengelakkan pembinaan asid dan menyerap lebihan asid yang tidak diperlukan.susu bantu hilangkan atasi gastrik sakit perut.Susu sejuk pula membantu melegakan sedikit rasa perit gastrik. Boleh lah buat banana milk shakes untuk legakan gastrik.

3) Bunga cengkih
Bunga cengkih adalah untuk digigit semasa gastrik. Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman.bunga cengkih hilangkan atasi gastrik sakit perut. Jika anda gastrik, gigit satu bunga cengkih, dan biarkan kejap dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.

4) Halia
Halia membantu penghasilan mukus yang membantu mengurangkan keasidan perut. Kunyah halia atau rebus halia dalam air, dan minum air halia untuk kelegaan gastrik.
 

Dah tau macam mana nak kurangkan gastrik kan?lepas ini bolehlah mencubanya ye...

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen