Selamat malam semua
Seperti yang kita semua maklum, jantung merupakan organ terpenting di dalam badan seseorang. Tanpa denyutan jantung, maka berakhirnya riwayat hidup seseorang. Oleh itu, marilah kita menjaga kesihatan jantung kita dengan mengamalkan tips seperti berikut:-
1. Berat badan
Berat badan memainkan peranan penting dalam usaha menjaga kesihatan
kita. Seperti yang dimaklumkan, berat badan yang belebihan boleh
menyumbang kepada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis
dan sebagainya. Kegemukan terjadi apabila seseorang itu mengambil
permakanan secara berlebihan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang
sihat. Mereka mengambil makan secara berlebihan, kemudian tidak bergiat
aktif seperti bersenam, maka kalori yang terkandung dalam makanan itu
berubah menjadi lemah dan terkumpul di bahagian-bahagian badan seperti
perut, paha, jantung dan sebagainya. Apabila lemak-lemak ini terkumpul
pada jantung, ianya akan mengganggu gerak kerja jantung dan akhirnya
menyebabkan penyakit jantung.
2-Makanan
Makanan memainkan peranan dalam kesihatan kita. Ramai yang ingin
mengurangkan berat badan mereka tetapi tidak menggunakan cara yang
betul. Rata-rata kebanyakan mereka lebih mempercayai ubat-ubatan dari
mengawal secara fizikal. Makanan yang kaya lemak seperti mentega, keju,
minyak, dan makanan bersantan boleh menyebabkan kegemukan jika diambil
secara berlebihan. Pengidap sakit jantung sering dinasihati supaya
mengambil sedikit sahaja makanan berlemak. Mereka juga dinasihati
supanya mengelak dari mengambil makanan yang mengandungi kolesterol
seperti telur, hati, otak dan sebagainya. Bagi mereka yang mengambil
alkohol dinasihati untuk berhenti demi kesihatan tubuh badan mereka.
Oleh itu, pengambilan makanan yang dimasak secara panggang atau kukus
itu lebih baik kerana ianya mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang
sikit. Mengambil banyak sayur-sayuran hijau dan buah-buahan juga
diperlukan untuk menjamin kesihatan dan kesejahteraan hidup.
3-Rokok
Ramai pengidap penyakit jantung merupakan seorang perokok. Seperti
yang kita tahu, setiap sebatang rokok mengandungi pelbagai bahan kimia
seperti butana yang digunakan dalam minyak petrol, minyak tar yang
digunakan dalam membuat jalan dan sebagainya. Risiko perokok tegar untuk
mengidap pelbagai penyakit lebih tinggi berbanding mereka yang bukan
perokok. Dan rokok juga merupakan salah satu pembaziran dalam hidup
kita.
4-Senam
Aktiviti bersenam seperti berjoging, mengayuh basikal, berjalan
merupakan cara yang terbaik dalam menjaga kesihatan dan baik bagi mereka
yang mengidap penyakit jantung. Senaman yang teratur dapat mengurangkan
risiko penyakit jantung dan menjadikan tekanan darah turun sekaligus
melancarkan pengedaran darah ke seluruh tubuh badan.
5-Gaya hidup
Amalan dan cara hidup seseorang memainkan peranan pada kesihatan
seseorang itu. Gaya hidup itu meliputi tabiat seseorang itu seperti
merokok, permakanan, aktiviti bersenam dan sebagainya. Gaya hidup yang
tidak sihat seperti malas bersenam, mengambil makanan berlemak secara
berlebihan, merokok dan sebagainya boleh menyumbang kepada penyakit
jantung. Oleh itu, kita perlu mengubah cara hidup kita demi
kesejahteraan hidup kita.
Oleh itu, penjagaan jantung amat penting kerana sekiranya jantung
kita tidak berfungsi, kita boleh dikira mati kerana kegagalan jantung
berfungsi menyebabkan darah gagal sampai ke otak sekaligus menyebabkan
otak kita mati dan berakhir dengan kematian…
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen