Friday, 26 September 2014

Apakah Resdung ?

Resdung adalah masalah yang biasa dihidapi bukan sahaja penduduk Malaysia, malahan segenap penduduk dunia termasuk negara maju seperti Amerika Syarikat. Kajian menyatakan bahawa, masalah resdung kini dihidapi 60% – 65% dari jumlah penduduk negara kita. Namun, dari jumlah tersebut, 90% daripadanya hanya membiarkan sahaja masalah resdung membelenggu mereka tanpa sebarang rawatan. Sedar atau tidak, masalah resdung sebenarnya boleh mengundang risiko yang lebih parah jika tidak dicegah dan dirawat dengan segera.

Jika anda mengalami masalah bersin yang kerap, gatal-gatal hidung, muka dan mata, hidung sering tersumbat & berbau, kurang deria bau, rasa berlendir di tekak & hidung, anda kemungkinan besar penghidap resdung. Kebiasaannya, masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah faktor persekitaran, faktor diet pemakanan, faktor gaya hidup (lifestyle) dan faktor anatomi.

Faktor persekitaran seperti habuk, debu, selimut, cadar dan binatang peliharaan sebenarnya mempengaruhi penghidap resdung. Bagi mereka yang sangat menggemari makanan pembuka selera seperti belacan, cencalok, makanan laut dan sebagainya, harus berhati-hati kerana makanan tersebut termasuk dalam diet pemakanan yang tidak boleh diambil secara berlebihan. Hindari minuman bergas, minuman beralkohol, merokok dan mengamalkan senaman harian adalah antara langkah terbaik dalam memastikan anda memilih gaya hidup (lifestyle) yang sihat. Faktor anatomi seperti kemalangan, kecederaan, tulang hidung bengkok dan polyps juga dapat menjadi penyebab kepada masalah ini.

Pelbagai kaedah yang telah dijalankan sama ada secara sains moden ataupun secara tradisional untuk mengatasi masalah resdung. Ini termasuk ubat-ubatan moden antibiotik, spray nasal dan pembedahan oleh doktor pakar. Tidak ketinggalan juga pelbagai kaedah tradisional seperti kaedah asap rokok resdung, bekam dan lain-lain lagi.

Jangan biarkan masalah resdung menguasai kita kerana ia boleh menyebabkan barah hidung yang kronik. Pencegahan awal adalah penting.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen