Manakala bagi sakit kepala jenis kedua iaitu berpunca dari bahagian badan yang lain selalunya disebabkan oleh ketegangan, migrain ataupun servikogenik.
Ringkasnya, sakit kepala akibat ketegangan lazimnya dialami secara
kerap. Adakalanya ia ringan dan adakalanya juga agak sederhana kuat di
kedua-dua belah kepala. Rasa macam ada sesuatu yang mencengkam di
kepala.
Akibatnya, bahagian kepala akan tegang seolah-olah macam ada sesuatu
melilit serta menekan sekeliling kepala dengan kuat. Aduhh... memang
sakit.
Untuk migrain pula, pesakit biasanya pening kepala secara berkala. Rasa
sakitnya agak kuat serta berdenyut-denyut. Tapi, biasanya ia hanya
terasa pada sebelah bahagian kepala. Tak seperti sakit kepala yang
berpunca daripada ketegangan.
Akibatnya, penghidapnya mula hilang selera makan, loya ataupun mengalami muntah-muntah.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen