Risaunya hati seorang ibu bila anak-anak tidak sihat. Anak demam sikit pun dah menggelabah apatah lagi kalau batuk dan ada kahak lagi. Memang tak senang duduk dan jika pergi kerja pun, memang tak boleh nak fokus. Ini adalah antara yang saya rasa bila anak tidak sihat. Sebolehnya nak berikan penjagaan terbaik atau pendek kata ambil cuti semata-mata untuk menjaga anak.
BATUK dan selesema
adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi.
Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik
kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak
dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau
brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Biasanya jika anak-anak tidak sihat, kami memilih Klinik Wangsa untuk rawatan perubatan. Caj adalah berbaloi dan kami kerap berjumpa dengan Doktor Nadhir Khan untuk mendapatkan konsultansi mengenai kesihatan anak-anak.
Menurut Doktor Nadhir, ada teknik yang perlu dipraktikkan sekiranya anak mengalami batuk dan selsema. Antara pilihan teknik tepukan (percussion) ialah:-
1) Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah
perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan
sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di
atas, pastikan kaki lurus.
2) Ibu atau bapa pula bentukkan tapak
tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari
pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
3)Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh
bayi pula.
Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam
paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk
atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika
tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi
najis mereka. Sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini,
pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi
mengelakkan muntah.
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen