Saturday, 27 September 2014

Puding Karamel untuk hidangan petang

Selamat hari Sabtu dan selamat bercuti untuk yang bercuti..
Petang-petang begini pekena puding karamel pun best..Jom ke dapur..tengok bahan-bahan untuk sediakan puding karamel..semestinya kesukaan kami...

                                

Antara bahan bahan yang diperlukan untuk membuat puding karamel adalah seperti berikut:
 
8 biji telur - boleh guna 6-8 biji telur

1 tin susu pekat manis - boleh guna 3/4 tin jika tak suka manis

1 tin susu cair

1 tin air

Sedikit vanilla extract

8-10 sudu besar gula pasir - untuk gula hangus
 
Cara-cara membuatnya:

Goreng gula sehingga menjadi cair dengan api perlahan. Setelah cair, sudukan gula hangus dengan cepat ke dalam mangkuk kecil dan ketepikan.

Kemudian pukul telur sehingga hancur dan masukkan semua bahan bahan lain dan dikacau sehingga sebati.
 
Selepas itu, sendukkan adunan ke dalam mangkuk yang telah dibubuh gula hangus tadi. Kukus selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Sedap dihidangkan ketika sejuk. Boleh terus dihidangkan di dalam mangkuk atau dituangkan ke dalam piring kecil.


Selamat mencuba....!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

  1. Macam best jer... Manis sgt tak? Nanti nak cubalah. tq for sharing...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen