Ibu atau bapa merupakan penentu bagi corak pemakanan anak-anak.
Ibu bapa yang gagal mencorak anak-anak ke arah pemakanan yang sihat dan
betul akan dikhuatiri generasi muda ini akan membesar sebagai pewaris
yang tidak sihat dan pintar.
Kebanyakan kanak-kanak di era ini cenderung untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan segera berbanding makanan yang sihat dan berkhasiat untuk dijadikan snek malahan hidangan utama bagi mereka.
Pada peringkat inilah, pemakanan yang sihat amat penting bagi pertumbuhan anak-anak. Oleh itu, ibu bapa mesti memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak dalam pemilihan makanan.
Kesibukan ibu bapa moden dalam memenuhi tuntutan kehidupan seharian juga menjadi salah satu faktor kepada permasalahan di mana anak-anak terjebak dalam pengabaian amalan pemakanan sihat dan berkhasiat.
Di bawah ini disenaraikan beberapa tips yang boleh digunakan bagi membantu para ibubapa dalam menangani masalah ini
1. Permakanan seimbang.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang (rujuk Piramid Makanan). Ini adalah bagi memastikan simanja anda mendapat zak makann yang seimbang dari segi karbohidart, protein, lemak , mineral etc.
Cuba pastikan diet yang disediakan untuk simanja adalah seimbang (rujuk Piramid Makanan). Ini adalah bagi memastikan simanja anda mendapat zak makann yang seimbang dari segi karbohidart, protein, lemak , mineral etc.
2. Pastikan ada kepelbagaian
Si manja
mudah jemu jika diberi diet yang sama setiap masa dan setiap hari. Oleh
itu perlu dipelbagaikan untuk memberi kelainan rasa pada mereka dan
tidak bosan dengan menu yang sama setiap hari.
3. Optimunkan zat makanan.
Cara
masakan yang boleh meoptimumkan zat makanan perlu digunakan setiap kali
meyediakan makanan simanja anda. Sesetengah cara masakan boleh
menghilangkan zat atau nutrient yang ada pada makanan tersebut dan ini
kalau boleh perlu dielakkan.
4. Merancang Menu Makanan Sihat.
Setiap
hari perlu ada plan utuk makanan sihat si manja supaya dapat meyediakan
makanan yang berkhasiat dari awal seperti semasa ke pasar boleh memilih
dengan betul apabila sudah ada perancangan daipada awal.
5. Menggalakkan waktu makan yang tetap
Waktu
makanan yang tetap (regular) perlu bagi memastikan si manja tahu dan
bersedia terlebih awal dan biasa dengan waktu tersebut. Ini menjadikan
waktu makan adalah rutin yang perlu ada pada setiap hari.
6. Persekitaran sihat dan selamat.
Tempat
peyediaan makanan dan tempat makan perlu berada dalam persekitaran yang
sihat dan selamat untuk anda dan si manja anda. Benda2 tajam seperti
pisau atau garpu pastikan tidak berada pada tempat yang boleh dicapai
oleh simanja anda, begitu juga dengan air panas etc.
7. Menjadikan masa makan masa yang gembira.
Jika
si manja mendapati waktu makan adalah masa yang megembirakan sudah
pasti dia akan tertunggu2untuk waktu tersebut. Memaksa si manja makan
adalah kaedah yang biasanya tidak memberi kesan yang baik terhadap sikap
simanja pada makanan.
8. Cuba mencari sebab masalah pemakanan.
Jika
simanja ada masalah seperti tidak suka sesuatu makanan, sakit perut
apabila makan makanan tertentu, cirit birit etc..maka perlu dipastikan
samada dia alah (allergic) terhadap makanan tersebut atau ada masalah
yang lain. Jika perlu boleh membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan
lanjut.
9. Memastikan anak makan walaupun sakit.
Jika
si manja sakit, pastikan kita memberi makanan kepadanya walaupun
mungkin tidak sebanyak waktu dia sihat. Ini adalah kerana waktu sakit
badan perlu lebih nutrient bagi melawan jangkitan dan untuk untuk
digunakan semasa tempoh peyembuhan.
10. Memantau perkembagan fizikal si manja
Memantau
berat atau Body mass index (BMI) si manja perlu bagi memastikan
perkembagan fizikalnya adalah selari dengan umur mereka. Jika didapti
perkembgangan fizikalnya lari daripada julat normal maka perlu
diselidiki kenapa atau membawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen