Sunday, 14 September 2014

Pemilihan Makanan untuk Kulit Cantik

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Mereka akan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan kulit idaman...

Terdapat banyak langkah untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik. Oleh itu, hari ini kami mahu berkongsi lima jenis makanan yang boleh bantu anda mendapatkan kulit yang sihat, cantik dan berseri!

Ada beberapa makanan yang boleh membantu kaum wanita yang ingin dapatkan kulit cantik. Antaranya ialah:-

1. Salad
Di mana enam (6) helai daun salad mengandungi 100 peratus keperluan Vitamin A harian kita. Vitamin ini berfungsi meremajakan kulit dengan cara meningkatkan pergantian sel. Selain itu, kandungan kalium dalam salad juga menambah zat kulit dan meningkatkan penyerapan oksigen dengan cara memperbaiki aliran darah.


 2. Strawberi
Secawan strawberrry menyediakan 130 peratus Vitamin C iaitu zat yang kuat untuk meningkatkan pengeluaran serat kolagen. Fungsi kolagen adalah untuk membantu kulit tetap tegang dan lembut. Semakin banyak Vitamin C bererti semakin sedikit garis-garis yang muncul di kulit. Gadis dengan pengambilan Vitamin C yang rendah berpotensi tinggi untuk memiliki kulit kering dan berkerut.


3. Tomato
Kajian menunjukkan peserta yang makan lima sudu pasta tomato kaya lycopene setiap hari selama tiga bulan memiliki perlindungan 25 peratus lebih banyak terhadap pancaran sinar matahari. Selain itu, makanan ini juga menjadikan kulit mempunyai lebih banyak kolagen untuk mencegah kulit daripada kendur.


 4. Soya
Kajian menunjukkan, kedutan halus dan ketegangan kulit akan meningkat apabila perempuan berusia di akhir 30- an dan 40-an. Oleh itu, anda digalakkan makan makanan yang kaya dengan isofl avon soya yang dikenali dengan aglycone seperti tempe.


 5. Epal merah/hijau
Quercetin, antioksida yang banyak terkandung dalam kulit epal berupaya melindungi kulit daripada pancaran sinar UVB yang boleh membawa kepada berlakunya kanser kulit.


Rupanya tidaklah sesusah mana pun untuk mendapatkan kulit cantik dan berseri. Modal pun tidakla terlalu tinggi sebab kebanyakannya selalu kita makan...

Selamat mencuba!

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Rakan Shaklee Anda 
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) 
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com 
♥ FB Page: Peminatvitamin 
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen