Anak anda hyperaktif? Risau je tengok kan?
Di sini saya ingin berkongsi sedikit tips dan diharap ianya boleh membantu para ibu bapa yang mempunyai anak hyperaktif. Tidakla sukar untuk diamalkan dan jika selalu dibuat, in sha allah akan menjadi amalan seharian.
Jika kita lihat, anak yang hyperaktif sering dimarahi, dibebeli oleh ibu bapa. Tapi sampai bilakah kita nak salahkan anak yang hyperaktif? Meh kita ikuti tip ini untuk ikutan bersama.
- Latih anak anak hyperaktif untuk lebih bedisiplin supaya dapat mengaturkan diri dengan lebih baik.
- Jangan menjatuhkan hukuman kerana adakalanya perilaku hyperaktif tu bukan la kesalahan dari anak itu sepenuhnya
- Jangan sesekali melabel anak anak Nakal, Jahat, Malas, Bodoh dan sebagainya sebab nanti akan jadi seperti yang dikatakan itu
- Jangan bosan untuk mengajar anak anak hyperaktif dengan lebih kerap
- Apabila berada didepan anak hyperaktif, katakan la bahawa dia adalah anak yang paling baik dan usahlan mengungkit kesalahan yang pernah dilakukan.
- Sentiasa berwaspada dan perhati anak agar tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain.
- Banyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.
Berikut adalah doa doa yang boleh kita amalkan untuk anak anak:-
- Al Baqarah : 128 (doa agar anak patuh pada Allah)
- Al Imran : 38 ( Doa agar diberi anak yang baik)
- Al Furqan : 74 (doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati)
- Untuk anak anak mudah belajar dan menelaah pelajaran : Zikir Ya Latif sebanyak 129 kali
Doa doa ketika anak anak sedang tidur :-
- Pada setiap malam semasa anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepala anak sebanyak 100 kali
- Mambaca Al Fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali
- Bercakap dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya lengkap dengan berbinkan atau berbintikan dengan ibu mereka. Percakapan itu wajiblah berupa nasihat, pujian dan cerita tentang kasih sayang kita terhadapnya. Kerana sesungguhnya perbuatan kita itu sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya.
Semoga sedikit tips ni boleh membantu kita mendidik anak anak terutamanya anak yang hyperaktif..
Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen