Friday, 12 September 2014

Tidur dan Dengkuran

Anda tidur berdengkur? Pastinya puas bila dapat berdengkur seolah-olah memberi irama kepada tidur...

Untuk pengetahuan semua, masalah dengkur bukan sahaja mengganggu penghidap malahan orang di sekitarnya, dan mungkin menjejaskan kualiti tidur lebih satu pertiga penduduk negara ini setiap malam. Dengkur juga mengganggu ketenangan percutian dan perjalanan jauh di dalam bas, kereta api mahupun kapal terbang.

Ada juga pasangan yang terpaksa tidur berasingan kerana tidak tahan dengan ‘dengungan’ berpanjangan setiap malam. (ni dh kes teruk....hihi)..

Menurut kajian, dianggarkan hampir 5.55 juta penduduk Malaysia, tidak mengira jantina dan umur, menghasilkan orkestra dengkur setiap malam, sama ada ‘berdengkur tetap’ ataupun ‘berdengkur sambilan’. 

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pantai Indah Kuala Lumpur, Dr. Raymond Tan Suan Kuo berkata, masalah dengkur bukan sahaja boleh mengganggu kualiti kehidupan tetapi boleh menjadi lebih serius. Oleh itu, katanya, mereka yang menghadapi masalah ini perlu mendapatkan rawatan segera bagi mengelakkan kesan yang lebih buruk.

Menurutnya, masalah dengkur sebenarnya amat berkait rapat dengan obesiti. "Perjalanan pernafasan dari bawah hidung ke kod vokal (suara) termasuk lidah dan lelangit menjadi lebih sempit di kalangan orang yang gemuk dan obes. "Ini kerana tisu-tisu di sekitar tempat perjalanan pemafasan (tekak) adalah lebih besar (tebal) dan dipenuhi dengan lemak yang berlebihan," katanya semasa berucap pada ceramah umum mengenai obesiti, dengkur dan alahan di Hospital Pantai Indah baru-baru ini.

Beliau menjelaskan, perjalanan pernafasan yang lebih sempit di kalangan orang yang obes akan menyebabkan masalah dengkur semasa mereka tidur dan kadangkala menyekat saluran pernafasan (apnea).

Secara umum dengkur akan mengakibatkan gejala kelesuan, kepenatan pada waktu pagi, pening kepala, sakit tekak dan kekeringan mulut serta rasa tidak puas tidur. Katanya, lebih 60 peratus dari klinikal penyakit ini akan menunjukkan gejala mengantuk yang melampau pada waktu siang, merasa pernafasan yang pendek pada waktu malam, tidur yang tidak nyenyak dan pertukaran personaliti seperti kurang penumpuan, kebimbangan, pemarah, tertekan dan pelupa.

Menurut Raymond, 10 hingga 60 peratus pesakit akan menunjukkan gejala sakit kepala pada waktu pagi, kurang syahwat dan berpeluh pada waktu malam.Tambah Raymond, kurang daripada 10 peratus mereka yang menghadapi masalah dengkur pula akan menghidap gejala payah tidur (insomnia) dan batuk pada waktu malam.

"Gejala-gejala ini akan meningkatkan risiko untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya ataupun sewaktu mengendalikan mesin-mesin yang berbahaya," katanya. Selain itu, kata Raymond, penghidap dengkur dengan apnea biasanya akan menjurus kepada penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, angin ahmar dan serangan jantung.

Sumber daripada :  http://bernama548.blogspot.com

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Rakan Shaklee Anda Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) ♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 ♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com ♥ FB Page: Peminatvitamin ♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

1 comment:

  1. tidur mendengkur memang sanagt mengganggu......atasi segera ..
    jemput berblog walking ke link sy
    http://bit.ly/1tPwn5f

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen