Pantang larang orang Melayu adalah sebagai panduan dan juga untuk
mendidik tidak kira tua atau muda kearah yang lebih baik. Ada pantang
larang yang masih kita ikut kerana mungkin terjadi secara kebetulan.
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu
zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.
Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan
nilai-nilai murni dalam kehidupan. Apa yang disebut bukan untuk
dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik
pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman
berzaman.
Diantara pantang larang Melayu
1. “Jangan duduk di atas bantal, nanti akan naik bisul di punggung”
-Sebenarnya kita dilarang sama sekali duduk di atas bantal kerana bantal
ialah tempat kita meletakkan kepala sewaktu tidur. Memang tidak senonoh
perangai meletakkan punggung di atas bantal. Dengan menggunakan punggung
kita duduk di merata tempat tidak kira tempat itu kotor atau bersih, manusia juga mengeluarkan najis menerusi lubang di antara kedua-dua
belah punggung.
2. “Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau menyanyi di dapur
akan dapat suami tua”
-Kalau difikirkan secara logik perempuan muda
tidak akan hendak bersuamikan orang-orang tua. Tapi jika dapat Tan Sri
dan Dato-Dato yang loaded apa salah.. Mertua pun tumpang
senangkan..kan..kan. Menerusi pantang larang ini orang perempuan
dilarang menyanyi di dapur kerana sewaktu menyanyi boleh terleka.
Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan
sempurna. Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari
terluka. Jika menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah
tertentu yang tidak dibubuh dalam masakan. Akibatnya makanan yang
dimasak tidak sempurna. Kesannya ahli keluarga atau sesiapa yang makan
makanan tersebut akan tidak berselera.
3. “Orang mengandung jangan memukul ular, nanti anak yang dilahirkan
akan cacat atau tidak sempurna sifatnya”
-Yang tak mengandung tengok gambar ular pun dah melatah. Orang perempuan yang mengandung
tidak boleh melakukan perkara yang lasak contohnya memukul ular. Jika
seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram dan sekuat
hati. Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung
dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami keguguran.
Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh. Akibatnya akan
berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga kepada anak dalam
kandungan.
4. “Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan hilang”
-Maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah seisi
keluarga hendaklah makan bersama-sama iaitu selepas sembahyang Maghrib.
Dengan cara ini akan mengeratkan tali selaturahim sesama ahli keluarga.
Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak
mencukupi untuk ahli keluarga yang lain. Lauk yang ada perlu dikongsi
bersama. Masyarakat Melayu zaman dahulu jarang menyediakan lauk yang
banyak kerana ingin berjimat. Pendapatan yang diperolehi tidak lumayan.
Mereka perlu menabung duit untuk pergi ke tanah suci Makkah.
Selamat beramal...!
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Rakan Shaklee Anda Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805) ♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922 ♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com ♥ FB Page: Peminatvitamin ♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat
terima kasih atas info...
ReplyDeletejemput berblog walking ke link sy
http://bit.ly/1qCfvwk