Sunday, 21 September 2014

Petua Naikkan Seri Wajah

Semua orang inginkan dirinya disayangi dan disenangi oleh orang lain.Ia ibarat magnet yang boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Apa sahaja percakapan, gerak gaya dan air muka seseorang akan melekat di dalam minda seseorang.

Orang dulu-dulu memang banyak petua tambah pula yang berkaitan dengan kecantikan...jom kita tengok petua di antara yang sering diamalkan untuk menaikkan seri wajah...memang elok diamalkan terutamanya yang ingin melangsungkan perkahwinan...

Amalan mandi bunga.
Amalan mandi bunga adalah salah satu ritual masyarakat Melayu untuk menguatkan aura diri dan menaikkan seri wajah kepada pengamalnya.Air mandian disediakan bersama dengan 7 jenis bunga berlainan dan herba-herba pilihan. Bunga didakwa memiliki elemen positif yang boleh mempengaruhi fizikal, mental, emosi dan spiritual pengamalnya.

Miliki seri wajah dengan membaca al-Quran.
Antara alternatif lain adalah dengan mengamalkan ayat-ayat al-Quran. Amalkan membaca ayat ke-35-38 surat Al-Waqiah dan surah Al-Fatihah serta Ayat Kursi. Tiupkan ke dalam air lalu minum. Niatkan di dalam hati untuk meningkatkan seri diri dan menghindari dari perkara yang tidak di ingini. Amalkan selepas solat isyak.
 
Bagi anda inginkan supaya wajah anda berseri-seri, bacalah Surah Yusuf ayat ke-4 selepas solat. Selepas itu, teruskan dengan membaca Surah Thaahaa ayat ke-39. Untuk amalan harian, bacalah sebanyak tiga kali kemudian disapu pada muka.
 
Senang dan mudah untuk diamal kan?lepas ni boleh la mencubanya ye..
 
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Rakan Shaklee Anda
Nik Azimah bt Awg.Hamat (SID : 894805)
♥ SMS/WhatsApp : 017-343 0922
♥ Emel : nik_azimah81@yahoo.com
♥ FB Page: Peminatvitamin
♥ FB : Nik Azimah Awg Hamat

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen